English Français Indonesian Urdu Malay عربى
 
 
   
   
 
 
 

PERTUBUHAN ANTARABANGSA ALUMNI AL-AZHAR SAMBUT ULANG TAHUN PENUBUHANNYA KALI YANG KE 7
 
 
 
2014-12-28 04:14:53Z       
 
 
 
Pertubuhan Antarabangsa Alumni al-Azhar telah menyambut ulang tahun penubuhannya kali yang ke 7.
Dr. Mohamad Abdul Fadhil al-Qusi Timbalan Presiden rabitah dan juga selaku salah seorang anggota badan tertinggi ulama Mesir telah menyatakan bahawa budaya ilmu al-Azhar yang tersohor ialah budaya berdialog, bukan bersikap taasub melulu atau ekstrim.
Beliau memberi peringatan agar siswazah lepasan al-Azhar membawa obor ilmu dan petunjuk kenegara mereka serta mempraktikkan konsep wasatiyyah al-Azhar dengan cara yang terbaik serta menganggap bahawa mereka adalah sebaik-baik duta kepada agama Islam dan pendukong risalah al-Azhar.
Dr. Abdul Hayy Azib Rektor Universiti al-Azhar dalam ucapannya telah berkata bahawa rabitah alumni al-Azhar wajar mendapat gelaran antarabangsa kerana badan tersebut telah menjadi pentas ilmu pengetahuan kepada pelajar asing serta ia juga sebagai media perantaraan diantara pelajar diseluruh dunia.
Pertubuhan Antarabangsa Alumni al-Azhar adalah merupakan sebuah platform penyatuan yang terbaik diantara institusi al-Azhar dengan bekas siswazah lepasan al-Azhar didalam negara Mesir dan juga diluar.
Menurut Dr. Abu Zaid al-Amer Pengarah Jabatan Maahad al-Azhar dan juga selaku pengerusi rabitah cawangan Dakhahliah berkata terdapat semua cawangan rabitah diseluruh dunia dimana tujuan penubuhannya adalah untuk menyatukan siswazah lepasan al-Azhar agar tercurah kearah memberi khidmat kepada agama Islam dan muslimin.
Pertubuhan Alumni al-Azhar juga merupakan sebuah pusat  yang menyumbangkan khidmat bakti kepada siswazah lepasan al-Azhar umumnya.
Sehubungan dengan program perayaan itu, Dr. Khalid Taha pegawai perhubungan bahagian luar Perbadanan Terusan Suez telah menayangkan filem rakaman dokumentari mengenai terusan Suez yang baru.
Beliau menegaskan bahawa Mesir akan memberi projek mega ini sebagai sebuah hadiah kepada dunia dan ia juga adalah menjadi satu alternatif untuk melonjak kearah kejayaan besar dalam bidang pembangunan dan kemajuan.
Demikian juga semasa sesi perayaan ulang tahun rabitah, telah ditayangkan sebuah filem mengenai sepasukan duta-duta al-Azhar yang telah dididik oleh pihak rabitah.
Pasukan itu telah disertai oleh sekumpulan pelajar al-Azhar adalah bertujuan untuk mempersiapkan satu pasukan pengkaji yang mempunyai kualiti dalam keupayaan memahami personaliti diri sendiri dan juga mampu berintraksi dengan individu lain.
Sebagai tambahan, latihan pengurusan bencana kecemasan, memahami realiti semasa, latihan membuat penganalisaan serta latihan kemahiran berdialog.
Sementara itu En. Adam Younis Presiden Pertubuhan  Negara-Negara Limpahan Nil telah memberi ucapan dengan memanjatkan perasaan terhutang budi serta berterima kasih kepada rabitah serta khidmat bakti pertubuhan kepada pelajar asing dari seluruh dunia.
Memang para pelajar tersebut amatlah memerlukan pertolongan itu pada ketika dimana agama Islam telah ditimpa dengan serangan ganas.
Pertolongan itu dalam bentuk memperbetulkan konsep kefahaman tentang Islam dan menyediakan perkhidmatan kepada siswazah lepasan al-Azhar di seluruh dunia.
Perayaan ulang tahun rabitah kali ke7 ini telah disertai oleh duta pelbagai negara, para perwakilan negara-negara arab dan Islam yang bekerja dikaherah, para perwakilan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang terlibat dalam bidang kebudayaan dan ilmiah.