English Français Indonesian Urdu Malay عربى
 
 
   
   
 
 
 

ULAMAK AL-AZHAR AKTIF MENENTANG KEGANASAN
 
 
 
2014-09-28 05:27:06Z       
 
 
 
Kita adalah golongan ulama al-Azhar tidak sekali-kali akan menjadi pengikut kepada sebuah gerakan yang di kenali dengan nama gerakan antarabangsa bagi memerangi pengganas pada ketika kita mengenakan di atas kepala kita serban putih.
Realiti yang amat jelas negara Mesir serta rakyatnya kini telah terbakar dengan api keganasan yang berselindung di sebalik slogan percaturan politik. Pada masa yang sama juga terdapat satu golongan yang lain pula menyarankan agar bekerja dengan serius kearah memerangi gejala keganasan. Golongan ini juga membuat kecaman dengan bahasa yang  keras serta membina sikap permusuhan dengan kita.
Kenyataan ini dibuat oleh Dr. Abdul Fadil al-Qusi yang merupakan seorang anggota badan tertinggi ulama didalam sebuah forum  “ wasatiyyah dan dialog ” anjuran Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar.

Tambah Dr. Abdul Fadil al-Qusi lagi, kita memerangi keganasan adalah berdasarkan kepada kitab al-Quran kita, ilmu pengetahuan dan juga ilmu hadis serta sebagai menghayati wawasan kita yang prihatin kepada agama Islam. 
Dari sudut yang lain kita juga ingin mengembalikan sebuah lembaran putih lagi bersih terhadap agama Islam yang bersifat dengan kerahmatan, kesejahteraan dan juga keamanan. Lantaran itu adalah amat tidak wajar kita menghukum kafir diantara satu sama  lain.
Beliau juga berkata, negara Mesir amat prihatin kepada kejatian diri serta identiti Islamnya, kerana itulah negara Mesir menentang gejala keganasan. Beliau juga menekankan betapa perlunya pengetahuan tentang susur galur asal pemahaman ilmu akidah yang merupakan langkah pertama bagi mencari kekuatan kepada kita dalam menghadapi pemikiran takfiriyyah dan juga naga hitam ( black dragon ) ini.
Sementara itu pula, Dr. Qasbi Zalat adalah salah seorang anggota badan tertinggi ulama telah menyatakan betapa pentingnya mengambil inisiatif menyiarkan kembali tindakan Jamaah Islamiah meneliti semula dasar-dasar pemikiran mereka agar dengan itu dapat memberi saham kearah menghadapi pemikiran ekstrim serta memperkukuhkan pengetahuan agama Islam yang lurus.
Dr. Najih Ibrahim adalah bekas pimpinan Jamaah Islamiah pula berkata, pemikiran takfir adalah suatu bentuk pencemaran yang paling buruk telah menimpa pemikiran Islam serta merubohkan sistem pemerentahan khilafah Islamiah yang adil.
Budaya mengkafirkan orang dan meletupkan bom adalah dua wajah buruk yang berada pada  muka sekeping wang syiling.
Menurut beliau lagi, bahawa gerakan Isis ( Islamic State of Iraq and Sham ) adalah sebuah organisasi pengganas “ super takfir ” sedang menyembelih agama Islam dengan pisau.
Manakala Dr. Karam Zuhdi, bekas pimpinan Jamaah Islamiah telah menegaskan bahawa al-Azhar adalah hanya sebuah badan yang tunggal bertanggungjawab memikul bebanan dakwah kepada Allah.
En. Osama Yassen timbalan pengerusi lembaga pengarah Pertubuhan Antarabangsa Alumni al-Azhar telah berkata bahawa pada masa yang akan datang anda akan dapat menyaksikan ramai tokoh-tokoh agama akan tersebar secara meluas dengan aktif bersama-sama masyarakat terutamanya dengan para belia bagi mempersiapkan golongan belia dengan kefahaman yang sebenar terhadap nas-nas syarak.