English Français Indonesian Urdu Malay عربى
 
 
   
   
 
 
 

PERTUBUHAN BAIT AL-AELAH AL-MASRIYAH KECAM SERANGAN BOM DI PARIS
 
 
 
2015-11-19 15:02:51Z       
 
 
 
"
Pertubuhan Bait al-Aelah al-Masriyah (Pertubuhan Rumah Keluarga Mesir) telah membuat kecaman terhadap serangan kejam di Paris yang membawa kepada terbunuhnya seramai 129 orang manakala 352 lagi cedera.
Serangan ini dilakukan oleh sekumpulan pengganas yang tidak mempunyai sebarang komitmen dengan agama dan juga negara. 
Mereka juga tidak memiliki perasaan kemanusiaan dimana mereka telah menukarkan kemanusian itu dengan sifat keganasan yang liar. 
Mereka juga berada dibawah sebuah organisasi fasis yang berkerja kearah memusnahkan keamanan dan kestabilan  negara-negara diseluruh dunia.
Organisasi fasis ini telah melakukan pelbagai kerosakan dengan membunuh orang awam serta individu yang tidak berdosa dan juga meruntuhkan ekonomi dunia.
Di dalam sebuah kenyataan yang dibuat oleh Pertubuhan Bait al-Aelah al-Masriyah, telah menyatakan bahawa peristiwa kekejaman yang  ganas ini sebenarnya tidak pernah  dikenali dalam lembaran sejarah pada masa  lalu begitu pada masa yang terdekat ini. 
Peristiwa serangan ganas ini adalah hanya satu tragedi yang dilakukan oleh sebuah kumpulan yang lahir dari kandungan isi perut pemikiran ekstrim.
Mereka telah bertindak melampaui batas-batas yang digariskan oleh agama, akhlak, undang-undang dan juga amalan yang menjadi lumrah kemanusiaan.
Pertubuhan Bait al-Aelah al-Masriyah ingin merakamkan perasaan sedih dan dukacita terhadap mangsa serangan ini serta mengucapkan setinggi-tinggi takziah dan simpati kepada Negara Perancis,  presiden, kerajaan dan juga rakyatnya.
Dengan memohon doa kepada Allah Yang Maha Besar agar mengurniakan kesembuhan yang segera kepada semua mangsa yang tercedera.
Pertubuhan Bait al-Aelah al-Masriyah juga ingin menyeru masyarakat antarabangsa dan juga golongan bijak pandai diseluruh dunia agar dapat mengkaji peristiwa yang berlaku ini dengan saksama bagi mencari sebab-sebab yang membawa kepada berlakunya tragedi ini.
Dengan itu dunia seluruhnya akan dapat keluar dari masalah ini melalui berbagai formula penyelesaian serta mengelakkan implikasi kecelakaan dari perbuatan jenayah tersebut pada masa akan datang.
Pertubuhan Bait al-Aelah al-Masriyah telah menegaskan bahawa kini memang tiba masanya untuk menggunakan seluruh potensi kekuatan dan ketegasan  bagi memerangi kumpulan sesat yang telah melakukan berbagai kerosakan diatas muka bumi ini secara berleluasa. 
Perbuatan buruk mereka telah mengancam kesejahteraan dunia seluruhnya sedangkan fenomena kesejahteraan itu adalah menjadi harapan kemanusian sejagat.      

"