English Français Indonesian Urdu Malay عربى
 
 
   
   
 
 
 

RABITAH ALUMNI AL-AZHAR ANJUR KURSUS IMAM PENJARA DI BRITAIN
 
 
 
10 مارس, 2013 09:15:01 ص       
 
 
 
Pertubuhan Antarabangsa Alumni al-Azhar dengan kerjasama Universiti Cambrige dan Kedutaan Britain di Kaherah telah menganjurkan kursus kepada imam dan pembimbing agama di penjara Britain.
Kursus ini adalah di bawah naungan Imam Besar Dr Ahmad al-Tayyeb Syeikh al-Azhar bertempat di pejabat rabitah telah disertai oleh 12 orang pelatih yang terdiri daripada imam dan juga mereka yang bekerja didalam bidang bimbingan agama dan kemasyarakatan di penjara-penjara Britain.
Kursus ini juga dianjurkan bagi mencapai matlamat rabitah dalam menyampaikan Islam yang sebenar bercirikan sifat wasatiyyah lagi sederhana keseluruh dunia. Tempoh kursus berlangsung selama dua minggu dan akan tamat pada penghujung bulan Februari.
Menurut En. Osama Yassen Timbalan Presiden rabitah menyatakan kursus ini adalah termasuk dalam siri-siri program yang dianjurkan oleh rabitah untuk para ulamak dan imam-imam dari dunia Islam dengan objektif menyebarluaskan manhaj al-Azhar yang bersifat sederhana serta menyemai kefahaman yang pertengahan dan juga konsep agama yang bersifat toleransi, jauh dari sebarang kesilapan atau melampau dalam beragama dan juga ekstrim dalam pemikiran.
Selain dari itu kursus ini juga memberi latihan kelayakan kepada para imam serta melatih mereka dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan ketika berinteraksi dengan penghuni penjara di Britain   disamping bimbingan latihan mengenai cara-cara menjawab persoalan khususnya perkara-perkara yang menyentuh urusan fatwa.
En. Osama Yassen menambah lagi, tenaga pengajar di dalam kursus ini adalah terdiri daripada barisan tokoh para ulamak dan pensyarah Universiti al-Azhar serta para anggota Mujamma al-Buhus al-Islamiah di antaranya ialah Dr. Mohamed Abdul Fadil al-Qusi yang merupakan anggota badan tertinggi ulama dan juga sebagai Timbalan Pengurusi Rabitah, Dr. Qasbi Zalat adalah anggota Mujamma al-Buhus al-Islamiah, Dr. Mohamed Mehna penasihat Syeikh al-Azhar, Dr. Mohamed Najib Ewadaien pensyarah Fakulti Syariah, Dr. Osamah al-Azhari ketua pejabat Risalah al-Azhar dan Dr. Mohamed Imarah anggota Mujamma Al-Buhus al-Islamiah.
Menurut En. Osama Yassen, program kursus ini mengandungi beberapa siri ceramah yang membicarakan disekitar topik tajdid dan pembaharuan dalam pemikiran Islam serta perbincangan mengenai beberapa perkara utama didalam fiqh murajaat, fiqh aqaliyaat serta menerangkan konsep kefahaman yang ekstrim dan juga yang sama dengannya seperti melempar tuduhan kepada pihak yang lain dengan kekufuran dan tidak beriman.
Kursus ini juga membincangkan persoalan mengenai akhlak, kerohanian didalam Islam, akidah, tauhid, wasatiyyah dan juga bidang-bidang tertentu didalam metafizika dari sudut pandangan Islam disamping penerangan mengenai bagaimana cara berinteraksi dengan penghuni penjara dari dimensi kejiwaan menurut perspektif Islam.
En. Osama Yassen juga memberitahu bahawa pihak rabitah akan menganjurkan program rehlah kepada para pelatih yang akan melawat kawasan al-Azhar, tempat-tempat lawatan keagamaan dan pelancongan disekitar Kaherah serta menziarahi Syeikh al-Azhar Dr. Ahmad al-Tayyeb dan Dr. Shauqi Abdul Karem Mufti Mesir.