English Français Indonesian Urdu Malay عربى
 
 
   
   
 
 
 

PERTUBUHAN RABITAH LUAR NEGARA MINTA DUNIA ISLAM TANGANI GERAKAN ISIS , BOKO HARAM DAN TALIBAN DENGAN PEMIKIRAN WASATIYYAH
duloxetin absetzen duloxetin virkning duloxetin hexal
 
 
duloxetin absetzen duloxetin virkning duloxetin hexal
 
2014-09-07 03:18:07Z       
 
 
 
Pertubuhan Antarabangsa Alumni al-Azhar dalam rangka perancangan aktivitinya bagi menghadapi pemikiran ekstrim serta menyebarkan agama Islam yang sebenar dan juga di atas arahan Imam Besar Dr. Ahmad al-Tayyeb, maka dengan itu cawangan rabitah di luar negara telah menganjurkan beberapa aktiviti dan program.
Lanjutan daripada itu, telah dikeluarkan beberapa kenyataan dengan memberi peringatan tentang perancangan zionis yang bertujuan untuk memecah belahkan umat Islam melalui pemikiran ekstrim, kekerasan,  pembunuhan dan keganasan.
Pihak rabitah telah menegaskan lagi bahawa fenomena yang berlaku di Iraq, Nigeria dan Afghanistan dan di negara-negara lain lagi adalah sebahagian daripada agenda perancangan tersebut.
Menurut kenyataan mereka seluruh pertubuhan pengganas yang terdapat di negara-negara Islam yang dikenali dengan berbagai nama seperti isis di negara Arab, Jamaah Taliban di Asia, Boko Haram di negara Nigeria sebenarnya tidak ada hubungan dengan agama Islam.
Bahkan semua pertubuhan itu adalah ciptaan Yahudi yang diberi dengan pelbagai nama kemudian nama itu berubah-ubah menurut faktor waktu dan juga di antara satu negara dengan negara yang lain.
Oleh itu cawangan rabitah luar negara dari Pakistan, Somalia dan United Kingdom mengajak dunia Islam agar menangani secara serius perancangan ini dengan menyebarkan agama Islam yang sebenar serta mengambil pemikiran al-Azhar yang bersifat sederhana kerana ia adalah sebuah benteng pertahanan yang mampu menentang pertubuhan pengganas tersebut serta rangka aktiviti perancangan mereka.
Sementara itu Presiden rabitah cawangan Pakistan Syeikh Zadah Aziz Mahmud al-Azhari telah berkata bahawa kumpulan gerakan negara Islam Iraq dan Syria yang dikenali dengan nama isis adalah sebahagian daripada perancangan zionis yang bertujuan untuk membunuh orang Islam, menumpahkan darah, merogolkan wanita dan anak-anak perempuan mereka.
Oleh itu Syeikh Shahib Zadah menyeru dunia Islam agar berpegang kepada pemikiran al-Azhar yang wasatiyyah lagi sederhana lalu disebarluaskan bagi menghadapi pertubuhan ekstrim seumpama ini.
Tegasnya seluruh cawangan rabitah berupaya menangani pemikiran pelampau dan ekstrim tersebut dengan melalui pemikiran al-Azhar yang sederhana.
Dalam menyentuh persoalan yang sama, pihak ketua-ketua dan juga kabilah dari daerah Gardho yang terletak didalam Wilayah Puntland Somalia telah menolak arus keganasan yang sedang melanda dunia Islam.
Mereka juga menegaskan bahawa dengan berpegang kepada konsep pemikiran al-Azhar boleh menyelamatkan banyak negara daripada gejala keganasan yang sedang mereka hadapi.
Menurut presiden rabitah cawangan Somalia Ustaz Abdul Wali Saed Barri berkata bahawa ketua-ketua kabilah tersebut telah menegaskan di dalam kenyataan yang mereka keluarkan di mana agama Islam itu tidak ada kaitan dengan orang-orang yang menggunakan agama sebagai pelindung kepada mereka bagi membunuh orang awam dari kalangan orang Islam dan juga bukan Islam.
Seterusnya semua individu yang menurunkan tandatangan di dalam kenyataan yang dibuat itu telah menyeru semua golongan belia agar menjauhkan diri daripada kumpulan pengganas tersebut yang telah keluar daripada perpaduan serta mengambil jalan kehancuran.
Sementara itu Syeikh Mohamad Imdad Hussin Presiden Pertubuhan Alumni al-Azhar cawangan United Kingdom telah menyeru seluruh belia dunia Islam dan khususnya dari United Kingdom agar tidak terjerumus kedalam pemikiran ekstrim.

duloxetin absetzen duloxetin indikation duloxetin hexal