English Français Indonesian Urdu Malay عربى
 
 
   
   
 
 
 

PERSATUAN UNIVERSITI-UNIVERSITI DAN RABITAH MENUNTUT AGAR MEMELIHARA BAHASA AL-QURAN
 
 
 
10 مارس, 2013 09:13:59 ص       
 
 
 
Para peserta muktamar permasalahan Bahasa Arab telah bersetuju menuntut agar ditubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada pakar-pakar bahasa Arab, pejuang-pejuang bahasa serta menubuhkan sebuah pusat penyiaran bagi menyebarkan bahasa ibunda, termasuk juga kesusasteraan dan juga segala cabang ilmu yang berkait dengan  Bahasa Arab ke dalam masyarakat.
Mereka juga meminta agar mengambil inisiatif menjaga Bahasa Arab supaya tidak pupus seperti bahasa-bahasa lain . Usaha ini perlu mendapat kerjasama dari semua pihak yang terlibat bagi mengembalikan Bahasa Arab ke tempatnya yang asal. Bahasa Arab dikenali sebagai bahasa pengucapan tamadun serta ilmu sains Islam dan berusaha menyekat penyebaran bahasa Arab pasar.
Persidangan yang dianjurkan oleh Persatuan Universiti-Universiti dengan kerjasama Pertubuhan Antarabangsa Alumni al-Azhar adalah bersempena dengan perayaan hari bahasa-bahasa ibunda dimana ketetapannya dibuat oleh pihak Pertubuhan “Unesco” sebagai sikap prihatin terhadap bahasa-bahasa tersebut.
Salah satu dari bahasa itu ialah bahasa Arab. Lantaran itu peserta persidangan tersebut telah menegaskan peri pentingnya menjadikan bahasa Arab sebagai matapelajaran yang wajib di universiti-universiti, mewujudkan makmal bahasa bagi mempelajari bahasa Arab, berkerja kearah menyelesaikan permasalahan mempelajari bahasa Arab dan mengambil inisiatif menyebar serta menghidupkannya.
Sementara itu Setiausaha Agong Persatuan Universiti-Universiti Dr. Jaafar Abdul Salam telah menekankan semasa ucapannya didalam persidangan itu bahawa peri pentingnya suatu usaha mengembalikan bahasa Arab kepada peranannya yang asal sebagai ejen pemindah tamadun, memelihara semua cabangnya, berusaha mengembangkannya di universiti dan sekolah, sebarkan ke pengetahuan umum  bahawa ianya adalah bahasa untuk ilmu pengetahuan dan kesusasteraan serta bahasa al-Quran.
Beliau juga menyebut termaktub didalam perlembagaan Mesir bahawasanya bahasa  Arab adalah bahasa ibunda  dan perlu bekerja kearah melakukan proses mengarabkan ilmu pengetahuan dan juga kesusasteraan.
Dr. Jaafar Abdul Salam juga meminta agar dilaksanakan gagasan-gagasan dan resolusi-resolusi Mujamma al-Lughah al-Arabiah dan resolusi yang dikeluarkan oleh badan-badan yang berjuang untuk mengembangkan bahasa Arab demi untuk mengembalikan bahasa ini ketempat yang selayaknya serta menyebarluaskan secara mudah di kalangan pelajar dan juga masyarakat awam.
Manakala Dr. Mohamed Abdul Fadil al-Qusi  bekas Menteri Wakaf Mesir yang juga Timbalan Pengerusi jawatankuasa tadbir Rabitah Alumni al-Azhar pula mencadangkan semasa ucapannya didalam persidangan tersebut agar ditubuhkan satu jawatankuasa yang terdiri daripada pakar-pakar dan juga para ulamak.
Kemudian digabongkan dengan badan-badan kerajaan dan pendidikan dalam usaha membangunkan bahasa Arab dan juga semua cabang ilmunya lalu dikembangluaskan semaksima mungkin bagi menghadapi kemaraan bahasa Arab pasar didalam masyarakat.
Perlu juga memastikan agar media massa memberi penumpuan yang lebih kepada bahasa Arab serta menyemai bibit-bibit mencintainya dikalangan penduduk, menganjurkan pelbagai festival dan nadwah sebagai penghormatan kepada tokoh-tokoh ulamak arab, berusaha menyelesaikan pelbagai permasalahan bahasa Arab.  
Sementara itu pula Dr. Ahmad Saed Shalabi Penasihat Menteri Pendidikan dan Pelajaran menyatakan didalam ucapannya bahawa kementerian pendidikan telahpun memberi perhatian kepada bahasa Arab dan sedang membuat persiapan untuk menganjurkan festival syair Arab yang pertama di dalam bahasa Arab fushah dan bahasa pasar bagi pelajar-pelajar sekolah di seluruh negara iaitu peringkat sebelum universiti.
Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar serta membina kemahiran mereka dan juga menggalakkan pelajar agar memberi perhatian kepada bahasa ibunda.
Pihak kementerian juga ingin membina pusat untuk membangunkan bahasa Arab dan program latihan kelayakan guru bahasa khususnya diperingkat pengajian rendah.
Manakala Dr. Abdullah al-Tathawi setiausaha jawatankuasa kemajuan bahasa Arab persatuan universiti-universiti telah memberi amaran tentang gejala kehilangan bahasa Arab. Sebagaimana telah berlaku kehilangan 3500 bahasa yang mewakili separuh daripada bahasa dunia, khasnya setelah bahasa Arab telah diiktiraf oleh bangsa-bangsa bersatu sebagai bahasa keenam.
Amat jelas bahawa gejala hilangnya perhatian terhadap bahasa Arab boleh membawa umat Arab dan Islam kepada bencana kehilangan identiti, budaya dan keperibadiannya ditengah-tengah bangsa dunia.
Oleh kerana itu beliau telah meminta agar diwujudkan makmal bagi mempelajari bahasa Arab dengan mengunakan teknik yang mudah serta membuka pusat penyiaran bagi meluaskan bahasa Arab fushah dengan itu dapat membataskan penggunaan bahasa Arab pasar.
Para peserta persidangan seluruhnya bersetuju untuk bekerjasama melalui pusat bahasa di al-Azhar serta melakukan penyelarasan kerja diantara pelbagai kementerian dan badan-badan sebagai satu usaha mengembalikan bahasa Arab kepada kedudukannya yang setimpal.