English Français Indonesian Urdu Malay عربى
 
 
   
   
 
 
 

RABITAH ALUMNI AL-AZHAR : 35 PELAJAR ASING MEMENANGI MUSABAQAH TILAWAH AL-QURAN
 
 
 
2014-07-22 04:27:03Z       
 
 
 
"
Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar telah menyampaikan hadiah kepada pemenang musabaqah tilawah al-Quran antara pelajar asing yang dianjurkan oleh rabitah dengan kerjasama parlimen pelajar asing al-Azhar. Seramai 35 orang pelajar yang memenangi hadiah di dalam musabaqah itu yang terdiri dari pelajar lelaki dan perempuan.
Menurut Encik Osama Yassin Timbalan Pengarah Rabitah bahawa seramai 35 orang pelajar yang memenangi hadiah di dalam musabaqah tilawah tersebut.
 Kategori pertama iaitu menghafal dan membaca 30 juzuk  al-Quran di mana seramai 25 orang peserta telah mendapat hadiah wang tunai sebanyak L.E 1000 setiap seorang. Manakala peringkat kedua pula iaitu sebanyak tiga perempat al-Quran dimenangi oleh 10 orang peserta dan masing-masing mendapat anugerah wang tunai diantara L.E 500 dan L.E 300 setiap seorang.
Dr. Abdul Fadil al-Qusi telah memuji tentang pencapaian pelajar di dalam hafalan dan bacaan al-Quran. Disamping itu beliau juga telah memberi nasihat kepada para pelajar asing sambil berkata “ Anda sewajarnya mempraktikan sistem hidup menurut al-Quran. Itu adalah merupakan satu cara yang boleh membawa kebaikan kepada agama dan kehidupan dunia anda. Anda juga perlu mengetahui bahawa dengan menghafal dan membaca kitab Allah itu anda telah melakukan ibadah serta boleh mendekatkan diri anda kepada Allah. 
Firman Allah :
 
  { إن الذين يتلون كتاب الله وأقاموا الصلاة وأنفقوا مما رزقناهم سرا وعلانية يرجون تجارة لن تبور} 
(فاطر:29(
Ertinya : Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara berterang-terang, mereka ( dengan amalan yang demikian ) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.
Sambung Dr. Abdul Fadil lagi, anda hendaklah bersabar serta menjaga secara konsisten terhadap segala aktiviti ini. Kami di rabitah adalah pihak yang memikul tanggungjawab dalam meneruskan usaha dengan mengorbankan sepenuh tenaga serta menghulurkan bantuan pertolongan kepada anda semua bagi memudahkan lagi daya inisiatif  anda untuk berjaya.
Sebahagian dari program tersebut ialah menganjurkan kelas menghafal, membaca dan mentafsirkan al-Quran yang dibimbing oleh tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran, menganjurkan musabaqah tilawah al-Quran pada setiap tahun dalam rangka memberi galakan agar anda menyertai program tersebut.
Program itu akan memberi hasil dalam bentuk pengukuhan nilai-nilai yang bersifat kemuliaan serta menyemarakan lagi semangat untuk bersaing sesama anda dalam menghafal al-Quran serta memberi galakan kearah membaca al-Quran dengan bacaan yang betul, jauh dari bacaan yang menyeleweng dan ditolak.

"