English Français Indonesian Urdu Malay عربى
 
 
   
   
 
 
 

KURSUS IMAM DARI KURDISTAN IRAQ BAGI KALI YANG KE TIGA
 
 
 
27 نوفمبر, 2012 09:44:20 ص       
 
  Syeikh al-Azhar Dr. Ahmad al-Tayyeb
 
Kursus imam dan ulama dari Kurdistan Iraq telah bermula sekarang dan akan berlangsung sehingga 29 hb. November ini. Kursus tersebut bertempat di Pejabat Pertubuhan Antarabangsa Alumni al-Azhar dibawah naungan Syeikh al-Azhar Dr. Ahmad al-Tayyeb, beliau juga adalah pengerusi lembaga pengarah pertubuhan.
Kursus yang dianjurkan itu adalah beberapa siri latihan yang bertujuan untuk menyebarkan manhaj al-Azhar yang wasatiyyah.
Kursus itu juga adalah termasuk di dalam rangka kerjasama di antara Pertubuhan Rabitah dengan Pertubuhan Ulama Kurdistan Iraq bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan ulama Kurdistan serta menjejaki pengalaman al-Azhar dalam menyebarkan Islam yang wasatiyyah lagi sederhana.
Menurut En Osama Yassen yang juga Timbalan Pengerusi lembaga pengarah pertubuhan, pihak Rabitah telah menyediakan segala kemudahan yang di perlukan bagi menjayakan kursus ini.
Kursus ulama tersebut adalah kali ketiga dimana kursus yang pertama diadakan pada tahun 2009, kursus yang kedua pada bulan Mei 2012.
En Osama Yassen menyatakan objektif dari kursus dan latihan tersebut adalah bagi melaksanakan matlamat serta perancangan Pertubuhan Alumni dalam menyampaikan konsep Islam yang bertoleransi dalam bentuknya yang sederhana dan jauh dari sifat pelampau dalam agama dan juga ekstrim dalam pemikiran.
Tambah beliau, jumlah peserta di dalam kursus ini adalah 30 orang yang terdiri daripada khatib dan imam, mereka akan mendapat bimbingan dari ulama tersohor al-Azhar al-Syarif seperti Dr. Mohamed Abd Fadil Al-Qusi adalah ahli badan ulama besar al-Azhar, Dr. Mohamed Raafat Osman ahli Mugama al-Buhus al-Islamiah dan anggota Mugama al-Fiqh di Makkah, Dr. Mohamed Mehni Profesor Undang-undang Antarabangsa, Dr. Qasbi Zalat Profesor Bahagian Tafsir al-Azhar cawangan Tanta, Dr Mohamed Najib Ewadaian bekas Pengarah Majlis Tertinggi Islam Mesir, Dr. Khalid Imran Pakar Pengkaji di Dar al-Ifta Mesir, Dr. Mohamed Salem Profesor Bahagian Tafsir Fakulti Usuludin.
Para pensyarah di atas akan menyampaikan maklumat mengenai  pengalaman mereka yang berjaya di dalam bidang ilmiah dan juga proses menyebarkan konsep kesederhanaan pemikiran al-Azhar.
Di dalam program kursus ini juga akan di bincangkan beberapa tajuk yang menyentuh isu-isu Fiq kontemporari, hak asasi manusia di dalam Islam dan hubungannya dengan agama lain, Islam wastiyyah di antara ekstrim dan penyelewengan, metodologi dan peraturan tajdid dan fatwa di dalam pemikiran Islam, pengenalan al-Azhar dan peranannya di-dunia Islam dari sudut pemikiran dan pendidikan serta kemasyarakatan, Aqidah Islam dalam dunia yang berubah.
Selain dari itu para pensyarah juga akan membincangkan di dalam kursus ini mengenai ekonomi Islam dan juga tamadun Islam.